Tuesday, September 01, 2009

Tazkirah Ramadhan: Puasa Yang Sia-Sia

Puasa menuntut KESABARAN ~
menjaga daripada bercakap atau mendengar perkara yang keji atau sia-sia. Jika tidak, tiadalah pahala puasa.

Maksud Hadis:

“Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri daripada percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji” (Riwayat Muslim)

“Orang yang mengumpat dan yang suka mendengar umpatan adalah serupa dalam dosa” (Riwayat Tabrani)

“Puasa adalah benteng. Barang siapa diantara kamu yang sedang berpuasa, hendaklah jangan berkata keji dan berteriak. Maka apabila ada orang yang menyerang dan mencacimu, katakanlah “sesungguhnya aku sedang berpuasa!” (Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa yang berpuasa tidak meninggalkan perkataan dusta, perkataan sia-sia dan beramal dengannya maka tiadalah hajat bagi Allah untuk menyuruh dia meninggalkan makan dan minumnya (iaitu puasa)" (Riwayat Bukhari)

“Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga” (Shahih Ibnu Khuzaimah)

Firman Allah swt maksudnya “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (Surah Az-Zumar: 10)

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong" (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka" (HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair)

-Berpesan-pesan sesama insan-

No comments:

Post a Comment