Friday, July 29, 2011

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia Pusingan Kedua 28 Julai 2011

semalam hari yang mengecewakan sebab pasukan kita Harimau Malaya tewas ngan agregat 6-4 selepas seri 1-1 dan gagal ke peringkat seterusnya.. T_T

dah la aku dan amir_mata turun stadium ngan penuh semangat berkobar², tapi itu la bola sepak mesti ada menang kalah, harap kekalahan ni beri iktibar dan panduan buat jurulatih untuk pastikan skuad kita lebih mantop dan kembali digeruni ^_^

sokongan daripada peminat memang power la, bangga aku..bukan Melayu ja, India, Cina termasuk bangsa asing pun sokong Harimau Malaya..teruja aku tengok, syabas untuk semua kerana sokongan yang tak berbelah bagi...(jangan time menang baru nak sokong, huhu)

mutu permainan kita ok la tapi belum cukup mantop, pertahanan sekali lagi kucar-kacir..gol pihak lawan pun sebab kita leka ditambah ngan mutu pengadilan cap ayam ngan lakonan pihak lawan lagi la buat haru-biru...pemain terbaik semalam semestinya Apek, memang terbaik dari ladang la, banyak cubaan maut berjaya dihalang ngan tenang..syabas

pusingan kedua pun dah habis, moga pemain sedar dan kembali bermotivasi untuk perlawanan yang seterusnya..peh ni Piala Asia lak, mari semua kita pakat² sokong dan berdoa moga Harimau Malaya kembali mengaum...

lain² keputusan:
Yemen 0-0 Iraq (0-2 agg)
Maldives 0-1 Iran (0-5 agg)
India 2-2 UAE (2-5 agg)
Philippines 1-2 Kuwait (1-5 agg)
Hong Kong 0-5 Saudi Arabia (0-8 agg)
Bangladesh 2-0 Lebanon (2-4 agg)
Vietnam 2-1 Qatar (2-4 agg)
Palestine 2-2 Thailand (2-3 agg)
Indonesia 4-3 Turkmenistan (5-4 agg)
Kyrgyzstan 0-3 Uzbekistan (0-7 agg)
Laos 1-6 China (3-13 agg)
Tajikistan 0-4 Syria (1-6 agg)
Nepal 1-1 Jordan (1-10 agg)
Myanmar - Oman ditangguh

~ Indonesia dan Thailand pun layak ke pusingan ke-3...huhu

No comments:

Post a Comment