Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432/2011


salam, SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1432/2011..
moga segala amalan yang kita lakukan akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda serta memperoleh rahmat dan pengampunan dari ALLAH SWT

hari ni aku selsema dan demam, ujian pertama dibulan yang mulia ni..sebelum masuknya Ramadhan, tekak aku perit ngan sakit gigi, fuh memang menduga jiwa..tapi ni la dugaan yang mesti ditempuh oleh semua insan yang bergelar muslim, kalau nak bandingkan dugaan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dengan kita amatla jauh sekali..aku baru kena sikit pun dah tak leh blah.. T_T

insyallah dengan sakitnya aku pada hari ini akan buatkan aku jadi lebih tabah dan sabar dalam ujian dan dugaan yang bakal menyusul, moga aku diberi kekuatan, AMIN..

mari semua kita penuhkan masjid, surau dan madrasah sempena bulan yang penuh dengan ganjaran pahala agar bekalan yang bakal dibawa nanti mampu membawa kita ke syurga..TAKBIR!!!

No comments:

Post a Comment