Saturday, August 20, 2011

Salam Kemerdekaan Ke-54


salam, dah lama tak update...BB belum bayar lagi tu sebabnya ^0^

sedar tak sedar kita dah masuk hari ke-20 dalam bulan Ramadhan, dah pun masuk fasa terakhir yang mana setiap umat Islam wajib rebut tapi bukan berebut untuk beli barangan raya..huhu

masjid dan surau pun dah makin kurang jemaah..hotel, restoran dan kedai makan lak penuh sebab orang kita ni lagi suka bab berbuka..
moga aku diberi kekuatan untuk melipat gandakan amalan sebelum syawal tiba..AMIN

ok..merdeka pun tak lama lagi ni tapi kurang terasa sebab jatuh pada tarikh yang sama ngan raya, ramai dari kita ingat raya dari merdeka..

sebagai orang Islam kita wajib bersyukur kerana tanpa merdeka belum tentu kita mampu capai apa yang ada sekarang ni, negara luar banyak lagi yang bergelut untuk hidup belum lagi yang perang, kebuluran dan lain-lain...sedih²
apa yang ada sekarang ni kena pertahankan lebih² lagi AKIDAH, jangan sampai tergadai beb..

marilah kita semua memperbanyakan amalan pada minggu terakhir Ramadhan disamping bersyukur kerana masih lagi diberi ruang untuk merasai nikmat merdeka..

Salam Kemerdekaan ke-54 dan selamat beramal dibulan Ramadhan

~ jangan lupa rebut malam Lailatulqadar.. ^^)

No comments:

Post a Comment